Perasuah juga bersalah, sama seperti penerima, kata bekas hakim

Perasuah juga bersalah, sama seperti penerima, kata bekas hakim

Bekas hakim Mahkamah Rayuan berkata pegawai penguat kuasa juga perlu dibayar gaji tinggi bagi mengelak mereka mudah terjerumus untuk menerima rasuah.

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Mah Weng Kwai berkata ‘kerosakan bermula dari atas’.
PETALING JAYA:
Bekas hakim Mahkamah Rayuan Mah Weng Kwai, mengingatkan orang awam bahawa mereka yang menawarkan rasuah turut bersalah seperti pihak menerimanya.

Dalam persidangan anti rasuah, beliau yang juga bekas presiden badan peguam berkata “kerosakan bermula dari atas”.

Katanya, apabila kepimpinan melakukan rasuah, rakyat akan mengikuti perbuatan itu dan menjadi perasuah juga.

Dalam pada itu, beliau berkata, ada keperluan memastikan pegawai penguat kuasa di lapangan terdiri daripada golongan “berintegriti mutlak”.

“Mereka (pegawai penguat kuasa) mesti dibayar gaji tinggi, jadi mereka tidak mudah terjerumus pada godaan,” katanya sambil menyatakan golongan berkenaan bertanggungjawab mengangkat piawaian integriti.

Katanya, rasuah bukan sahaja “kejahatan” yang memberi kesan kepada rakyat, malah akan menjejaskan generasi masa depan.

Mah turut menyentuh keperluan meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 demi memastikan pemberi maklumat boleh berhubung langsung dengan media, memandangkan ketika ini, mereka hanya dibenarkan melaporkan kepada agensi penguatkuasaan.

Beliau berkata, menjadi keperluan untuk menutup ruang terhadap sebarang tindakan terhadap pemberi maklumat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.