
Pengerusinya Zaliha Mustafa berkata pihaknya hanya menerima aduan dari calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa telah mengenal pasti kewujudan 54,000 daftar pemilih meragukan di seluruh negara dalam pemilihan parti itu kali ini.
“Analisis itu kita akan kaji lagi seperti didakwa Rafizi ada 54,000 daftar meragukan, tapi setakat ini Adun Paya Jaras tak ada buat aduan lagi.
“Anggota itu dimasukkan (dalam sistem Adil yang diterima dari) Pejabat Setiausaha Agung dari jabatan keanggotaan. JPP memang tak ada hak tukar status anggota dalam tu,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Khairuddin mendesak supaya JPP membuat kajian berhubung isu daftar pemilih meragukan supaya pemilihan kali ini berjalan lancar.
Khairuddin juga belum membuat aduan kerana menurutnya data tersebut berada dalam sistem Adil.
Sementara itu, Zaliha berkata proses pemilihan yang masuk hari kedua berjalan lebih lancar.
“Harini lebih lancar berbanding semalam, sebab semalam masalah teknikal, ada bahagian-bahagian yang terpaksa tangguhkan, berhentikan dan kita akan tentukan kemudian.
“Kalau lihat di Johor dan Kedah masalah teknikal tak banyak. Sikit-sikit, kita dah centralise (pusatkan) pasukan teknikal di pusat-pusat pengundian,” katanya.