
Menurut laporan Straits Times, Pua telah memaklumkan perkara itu (tidak bertanding) kepada rakan dalam partinya.
Akhbar harian Singapura itu berkata, perkara itu diketahui “daripada beberapa tokoh tertinggi parti yang mana Pua telah jelaskan kepada rakannya dalam DAP bahawa beliau tidak akan bertanding di Parlimen untuk penggal keempat.”
Keputusan Pua untuk tidak mempertahankan kerusi parlimennya dibuat susulan seorang lagi pemimpin terkemuka, Ong Kian Ming pada minggu lalu berkata, beliau tidak akan menawarkan dirinya sebagai calon pada PRU akan datang.
Ong, yang juga gagal mendapat tempat dalam CEC berkata, beliau mahu berehat daripada arena politik untuk ” “merenung semula bagaimana untuk memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang dikumpulkan”.
Minggu lalu, Sin Chew Daily memetik sumber sebagai berkata, Pua telah memutuskan untuk tidak bertanding pada PRU15 walaupun sebelum pemilihan DAP.
Ong dan Pua menerima kecaman tahun lalu selepas mereka dilihat cenderung kepada tawaran kerjasama politik secara bipartisan ketika Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.
Muhyiddin telah menawarkan cadangan sedemikian dalam percubaan terakhir untuk mengekalkan pentadbirannya selepas ahli parlimen Umno menarik balik sokongan kepadanya sebagai perdana menteri.