Covid-19: 28% kanak-kanak 5 hingga 11 tahun lengkap vaksinasi

Covid-19: 28% kanak-kanak 5 hingga 11 tahun lengkap vaksinasi

Seramai 1,596,416 kanak-kanak, atau 45% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam, seramai 993,652 orang kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun lengkap menerima vaksin bawah PICKids.
KUALA LUMPUR:
Seramai 993,652 orang atau 28% daripada populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web CovidNow, seramai 1,596,416 kanak-kanak atau 45% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,901,725 orang atau 93.3% telah lengkap vaksinasi, manakala 2,999,490 atau 96.4% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada masa sama, seramai 16,057,632 orang atau 68.2% golongan dewasa telah menerima dos penggalak, manakala 22,970,424 atau 97.6% telah lengkap dua dos.

Seramai 23,245,673 orang atau 98.8% golongan dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 37,536 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 16,994 dos pertama, 16,459 dos kedua dan 4,083 dos penggalak.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi PICK sebanyak 70,551,572.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak empat kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan dua kes dilaporkan di Perak dan masing-masing satu kes di Perlis dan Selangor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.