
Beliau berkata, ubat itu diberikan kepada pesakit Covid-19 sejak 15 April lalu.
“Tiada sebarang kesan sampingan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairy berkata, Paxlovid dibekalkan kepada 512 pusat penilaian Covid-19 (CAC) di klinik kesihatan dan 78 hospital kerajaan.
“Setakat ini, keutamaan pemberian rawatan Paxlovid adalah kumpulan pesakit Covid-19 berisiko tinggi yang mengalami gejala ringan hingga sederhana,” katanya.
Sebanyak 48,000 kotak pil Paxlovid Pfizer dihantar kepada Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd pada 11 April lalu.
Ubat itu disyorkan untuk pesakit Covid-19 berumur 18 tahun dan ke atas yang bukan dalam kategori berisiko tinggi dan tidak memerlukan bantuan oksigen.
Ia perlu diambil dalam tempoh lima hari selepas menunjukkan gejala untuk mengurangkan risiko komplikasi lebih teruk.
Paxlovid tidak dibenarkan untuk digunakan lebih lama daripada lima hari berturut-turut.
Beberapa kesan sampingan ubat itu termasuk sakit sendi, muntah, cirit-birit, tekanan darah tinggi dan perubahan deria rasa.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, individu berumur 60 tahun dan ke atas boleh menerima dos penggalak kedua secara sukarela dalam tempoh empat hingga enam bulan selepas dos penggalak pertama.
Ia termasuk individu dewasa berumur 18 hingga 59 tahun yang mempunyai komorbiditi, katanya.