
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Mohd Kamarudin Md Din, berkata dalam tempoh sama, polis menahan 543 ah long dan sebanyak 159 kes telah dituduh di mahkamah.
Dalam kenyataan hari ini, beliau menasihatkan orang ramai yang berhasrat membuat pinjaman, supaya membuat semakan dan pengesahan lesen berdaftar syarikat pinjaman wang berlesen dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui laman sesawang www.kpkt.gov.my.
“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kegiatan jenayah komersial kepada polis melalui saluran CCID Scam Response Center di talian 03 26101559/03 26101599 atau melalui aplikasi WhatsApp CCID Infoline di talian 013 211122 atau menghubungi balai polis berhampiran,” katanya menurut laporan Bernama.