4.5 juta kenderaan menuju ibu negara hari ini

4.5 juta kenderaan menuju ibu negara hari ini

Daripada jumlah itu kira-kira 1.2 juta pengguna dianggar menggunakan Lebuhraya Utara Selatan.

Aliran trafik di semua lebuh raya utama seluruh negara mula meningkat sejak pagi tadi apabila orang ramai pulang ke kediaman masing-masing selepas cuti Aidilfitri.
PETALING JAYA:
Sejumlah 4.5 juta kenderaan dijangka menuju ke ibu negara hari ini selepas sambutan Aidilfitri Isnin lalu.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Bakri Zainal Abidin berkata, daripada jumlah itu 1.2 juta pengguna dianggarkan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Semalam berlaku peningkatan trafik sebanyak 2.65% di semua lebuh raya seluruh negara, iaitu 3.59 juta kenderaan dilaporkan mula masuk ke ibu kota.

“Pada dasarnya, berlaku ‘trend’ pergerakan pulang ke ibu kota bermula semalam selepas menyambut Aidilfitri 2 Mei lalu,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata, aliran trafik setakat empat hari ini belum mencecah 5.5 juta seperti yang berlaku pada 29 April lalu.

“Dijangka berlaku peningkatan aliran trafik luar biasa bermula esok (Jumaat) sehingga Ahad ini.

“JSPT sudah membuat persiapan menerusi Op Lancar dengan koordinasi di setiap kontinjen dan daerah,” katanya.

Aliran trafik di semua lebuh raya utama seluruh negara mula meningkat sejak pagi tadi apabila orang ramai mula pulang ke kediaman masing-masing selepas cuti sambutan Aidilfitri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.