Selangor setuju cuti Hari Pekerja dibawa ke 4 Mei

Selangor setuju cuti Hari Pekerja dibawa ke 4 Mei

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Haris Karim mengumumkan perkara itu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Perubahan cuti umum Hari Pekerja itu turut dipanjangkan bagi pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Haris Karim. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Kerajaan negeri Selangor bersetuju cuti Hari Pekerja dibawa ke Rabu, 4 Mei selaras pengumuman rasmi Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada Isnin.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Haris Karim mengumumkan perkara itu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Selaras dengan kenyataan Perdana Menteri (mengenai cuti tersebut) serta peruntukan Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) dan perkenan Sultan Selangor, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bersetuju bahawa cuti Hari Pekerja di Selangor akan dibawa kepada Rabu, 4 Mei 2022.

“Perubahan cuti hari kelepasan am ini adalah turut dipanjangkan untuk diterima pakai kepada pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.