Kita ada S Pay Global, kata premier Sarawak selepas BNM tolak permohonan lesen bank digital

Kita ada S Pay Global, kata premier Sarawak selepas BNM tolak permohonan lesen bank digital

S Pay Global platform mudah alih teknologi kewangan yang dibangunkan oleh kerajaan Sarawak.

KUCHING:
Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg, menerima keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak meluluskan pemohonan kerajaan negeri untuk memperolehi lesen bank digital.

Beliau berkata ia tidak menjadi masalah dan Sarawak tidak perlu untuk membuat pemohonan semula.

“Ia tidak menjadi masalah, lagi pun Sarawak sudah mempunyai S Pay Global,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud, dan isteri, Ragad Kurdi Taib.

S Pay Global platform mudah alih teknologi kewangan yang dibangunkan oleh kerajaan Sarawak.

Konsortium Sarawak yang tidak tersenarai untuk memperolehi lesen bank digital itu adalah Revenue Group dan Kenangan Investment Bank Berhad.

Pada 29 April lepas, BNM dalam kenyataan berkata hanya lima sahaja pemohonan untuk mendapatkan lesen bank digital diluluskan, tiga daripada konsortium itu adalah Boost Holding Sdn Bhd dan RHB Bank Berhad, GXS Bank Pte dan Kuol Brothers Sdn Bhd yang diberikan lesen bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Sementara itu, dua lagi konsortium yang layak adalah Aeon Financial Service, Aeon Credit Service Berhad dan MoneyLion Inc serta KAF Investment Bank yang akan diberikan lesen bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.