
Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman, 30, dari Klang menjahit sendiri lapan pakaian raya itu, yang mengambil masa dua minggu untuk siap.
“Mungkin ramai tidak berani gunakan kain langsir dan cadar dijadikan baju kerana menyangka fabrik itu panas serta tidak selesa. Sedangkan ia selesa saja jika kita bijak memilih jenis fabriknya,” menurut Harian Metro.
“Semua persalinan itu saya siapkan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Keluarga serahkan kesemuanya kepada saya daripada segi pemilihan fabrik, warna hingga jahitan.”
Syed Muhammad menjahit baju raya sejak dua tahun lalu. Sebanyak 30 pasang baju dijahitnya untuk diri sendiri, isteri, dan anak pada 2020 dan tahun lepas.
Beliau turut jahit baju untuk emak, kakak, dan tiga anak saudaranya.