
Serbuan pada 2 pagi di Kampung Gual Pasong Hantu, Gual Sitok itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas selepas menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah.
Ketua Polis Pasir Mas, Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata semasa serbuan, suspek didapati sedang baring di sofa dan selepas diperiksa, sebanyak 800 biji pil kuda dipercayai bernilai RM8,000 dijumpai dalam sebuah beg berhampirannya.
“Hasil soal siasat, suspek mengaku semua pil kuda itu adalah miliknya,” katanya menurut laporan Kosmo.
Beliau berkata, suspek memaklumkan bekalan dadah itu diperoleh daripada seorang penduduk kampung itu.
“Usaha memburu suspek giat dilakukan bagi membantu siasatan,” katanya.