
Beliau berkata, pemotongan gaji tidak boleh dilakukan dan tidak sepatutnya berlaku.
“Hari ini tiada halangan, majikan boleh minta mereka masuk pejabat. Tidak boleh mana-mana pihak kerja dari rumah tanpa persetujuan daripada majikan.
“Majikan dia benarkan, maka tidak patutlah mereka potong gaji. Kalau majikan tidak setuju dengan pekerja bekerja dari rumah, mereka boleh minta pekerja datang ke pejabat. Jangan kita bagi kebenaran, kita pula potong gaji,” katanya selepas majlis berbuka puasa di sini, hari ini.
Beliau mengulas laporan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) yang melihat kewajaran majikan memberikan gaji lebih kecil, termasuk memotong elaun perjalanan, jika pekerja memilih untuk BDR.
Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan dilaporkan berkata, ada pekerja yang bersetuju dengan langkah itu kerana BDR menjimatkan kos pergi balik dari tempat kerja.