Pelajar lelaki dibelasah hampir 10 orang dalam kelas

Pelajar lelaki dibelasah hampir 10 orang dalam kelas

Ketua Polis Langkawi Shariman Ashari mengesahkan pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu.

Tangkap layar video tular menunjukkan seorang pelajar dipukul pelajar lain dalam kelas. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Sebuah video yang dikongsi di media sosial hari ini menunjukkan seorang pelajar lelaki dipukul hampir 10 pelajar lain di dalam kelas.

Rakaman video berdurasi 25 saat itu menunjukkan remaja berkenaan, dipercayai pelajar sebuah sekolah menengah di Langkawi, Kedah, berdasarkan pakaian seragamnya, berkata sesuatu sebelum dipukul oleh pelajar lain, termasuk dibaling dengan meja tulis.

Utusan Malaysia melaporkan rata-rata pengguna Telegram yang melihat rakaman itu mengecam tindakan pelajar yang memukul remaja tersebut.

“Budak-budak la (sekarang) ni pakat-pakat nak tunjuk hero…,” kata Mohd Yunus Ali.

“Raya dalam lokap la,” kata Muhd Bakhtiar.

Sementara itu, Ketua Polis Langkawi Shariman Ashari mengesahkan pihaknya menerima aduan mengenai kejadian.

“Kes sedang dalam siasatan. Maklumat lanjut akan menyusul kemudian,” katanya ketika dihubungi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.