
Beliau membangkitkan perkara itu selepas media melaporkan bahawa mahkamah Perancis menyiasat syarikat aset pertahanan, Thales, iaitu syarikat pertahanan multinasional berpangkalan di negara itu, berhubung dakwaan rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002.
“Saya meneliti laporan terkait mahkamah Perancis yang mendakwa syarikat aset pertahanan, Thales kerana terbabit dalam skandal rasuah transaksi penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002.
“Saya mendesak agar kerajaan dan pihak terlibat segera menyatakan pendirian dan menjelaskan bagaimana watak-watak yang terlibat dapat dihadapkan ke muka pengadilan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Anwar juga mendakwa pihak berkuasa Malaysia seolah-olah mengambil ringan isu tersebut yang sedang dibicarakan di Paris, Perancis.
“Aspek keadilan nampaknya tidak menjadi isu besar untuk disegerakan,” katanya.
Semalam, MUDA turut menggesa pihak berkuasa membuka semula siasatan kes pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia.
Pada Nov 2018 media melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan kes pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM4.67 bilion.