161 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 13%

161 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 13%

Sebanyak 182 pesakit dibenarkan keluar semalam.

Sejumlah 68 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 8% daripada jumlah keseluruhan.
PETALING JAYA:
Sebanyak 161 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 87 kes atau 54% termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 74 kes atau 46% dalam Kategori 3 hingga 5.

Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 36 kes diikuti Perak (22) dan Sarawak (15).

Sementara itu, sebanyak 182 pesakit dibenarkan keluar semalam.

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 98 atau 13% daripada jumlah kapasiti.

Tiada negeri merekodkan penggunaan katil ICU melebihi 50% kapasiti.

Sejumlah 68 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 8% daripada jumlah keseluruhan.

Dua kluster baharu direkodkan semalam menjadikan kluster keseluruhan setakat ini 7,009 dengan 91 daripadanya aktif.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.70.

KKM turut melaporkan enam kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,525.

Sebanyak 3,471 kes Covid-19 direkodkan semalam meliputi 3,465 penularan tempatan dan enam kes import.

Sebanyak empat kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tiga kes, diikuti Johor, Melaka, Pulau Pinang (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.