
Daripada jumlah itu, sebanyak 93 kes atau 51.7% termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 87 kes atau 48.3% dalam Kategori 3,4 dan 5.
Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 47 kes diikuti Perak (24) dan Kuala Lumpur (17).
Sementara itu, sebanyak 173 pesakit dibenarkan keluar semalam.
Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 101 atau 13% daripada jumlah kapasiti.
Tiada negeri merekodkan penggunaan katil ICU melebihi 50% kapasiti.
Sejumlah 63 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 8% daripada jumlah keseluruhan.
Tiada kluster baharu direkodkan semalam menjadikan kluster keseluruhan setakat ini kekal 7,007 dengan 92 daripadanya aktif.
Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.73.