
Ketua Polis Daerah Pekan, Mohd Zaidi Mat Zin, berkata lelaki berusia 30-an itu ditahan berhampiran lokasi kejadian pada 4.20 petang tadi dan polis turut merampas sebatang tukul serta kayu daripada suspek.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Zaidi dilaporkan berkata, sebuah kereta peronda polis jenis Proton Waja terbakar angkara tindakan seorang pekerja balak yang mengamuk dalam kejadian sekitar 11 malam semalam.
Polis sebelum itu menerima panggilan daripada penjaga tanah matau balak berhubung seorang lelaki sedang mengamuk di kawasan rumah kongsi, sebelum tiga anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian.
Suspek bertindak agresif dengan memukul dan mencederakan dua anggota itu, sebelum masuk ke rumah kongsi dan mengambil satu objek menyala seperti api dan membalingnya ke kenderaan polis.