Polis sahkan 2 anggotanya dalam video tular dakwaan lakukan kekerasan

Polis sahkan 2 anggotanya dalam video tular dakwaan lakukan kekerasan

Ia susulan satu klip video klip selama 1.25 minit yang tular di Twitter mendakwa polis melakukan kekerasan semasa proses tangkapan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Baharudin Taib berkata, anggotanya itu dalam proses membuat tangkapan ke atas seorang subjek yang merupakan lelaki tempatan. (Gambar Facebook Polis Selangor)
SHAH ALAM:
Polis Selangor mengesahkan dua individu dalam sebuah video tular mendakwa pihaknya melakukan kekerasan semasa proses tangkapan ke atas seorang lelaki adalah anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Baharudin Taib dalam kenyataan ringkas berkata, anggotanya itu dalam proses membuat tangkapan ke atas seorang subjek yang merupakan lelaki tempatan.

Susulan itu, beliau meminta orang ramai atau saksi bebas yang melihat kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

Baharudin mengulas perkara berkenaan susulan pihaknya mengesan satu klip video klip selama 1.25 minit yang tular di Twitter mendakwa polis melakukan kekerasan semasa proses tangkapan dilaksanakan.

Katanya, pihaknya telah menyiasat kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.