
KKM turut melaporkan 6,342 kes Covid-19 dan termasuk 6,322 penularan tempatan dan 20 kes import.
Daripada jumlah kematian itu, dua korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,482.
Johor dan Melaka masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Pulau Pinang dan Selangor (masing-masing dua) serta Sabah dan Sarawak (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 85,403 kes aktif dilaporkan, termasuk 91 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 61 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 9,111 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 4,421,443.