Bekas pengulas sukan RTM, Jamaludin Alias meninggal dunia

Bekas pengulas sukan RTM, Jamaludin Alias meninggal dunia

Jenazah akan dibawa ke Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya untuk solat jenazah selepas solat Jumaat.

Sebagai pengulas sukan radio dan TV, Jamaludin Alias pernah bertugas ketika Sukan SEA Jakarta 1979 hingga Manila 1991, Sukan Asia Jakarta 1962 dan New Delhi 1982 serta Sukan Olimpik Barcelona 1992. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pelantun lagu patriotik “Perajurit Tanah Air”, Jamaludin Alias, 85, yang juga bekas pengulas sukan terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM) meninggal dunia sebentar tadi.

Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya untuk solat jenazah selepas solat Jumaat.

“Innalillahiwainnaillaihirojiun…pengulas sukan dan penyanyi lagu-lagu patriotik Jamaludin Alias telah kembali ke rahmatullah.

“Solat jenazah akan diadakan di Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya selepas solat Jumaat,” menurut mesej yang dikongsikan ahli Persatuan Veteran RTM.

Sebagai pengulas sukan radio dan TV, Jamaludin pernah bertugas ketika Sukan SEA Jakarta 1979 hingga Manila 1991, Sukan Asia Jakarta 1962 dan New Delhi 1982 serta Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Selain itu, beliau pernah membuat liputan secara langsung Piala Asia 1980 di Kuwait dan Hoki Piala Dunia di Bombay pada 1982.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.