KKM tak pernah perakui produk boleh ganti ubat, insulin

KKM tak pernah perakui produk boleh ganti ubat, insulin

KKM meminta orang ramai tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya.

Kementerian Kesihatan berkata, gambar yang digunakan ini adalah gambar diubah suai daripada gambar asal. (Gambar Facebook KKM)
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah memperakui mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan, termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah.

KKM dalam kenyataan Facebooknya hari ini berkata, laman Facebook Myspringshop-US cuba mengelirukan orang ramai dengan mendakwa produk teh yang dijual mereka diiktiraf KKM.

“Gambar yang digunakan itu merupakan gambar diubah suai daripada gambar asal,” katanya sambil menyertakan gambar asal.

Oleh itu, KKM meminta orang ramai tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya.

Ia juga mahu pengusaha atau pemilik produk lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan ke atas orang ramai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.