Sindiket tumpas, minuman keras tak bercukai RM2.04 juta dirampas

Sindiket tumpas, minuman keras tak bercukai RM2.04 juta dirampas

Turut dirampas enam kenderaan dianggarkan bernilai RM365,000 dan wang tunai sebanyak RM12,770.

Tiga lelaki tempatan turut ditahan dalam serbuan di Jalan Kionsom, Inanam semalam. (Gambar PGA Sabah)
KOTA KINABALU:
Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dan penjualan minuman keras tidak bercukai selepas merampas 4,690 kotak minuman keras dianggarkan bernilai RM2.04 juta di sebuah gudang di Jalan Kionsom, Inanam semalam.

Operasi 4 pagi itu yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas (PGK) Bukit Aman bersama Tiger Platon Briged Sabah, tiga lelaki tempatan berusia 29, 38 dan 50 tahun turut ditahan.

Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah, Abdul Rani Alias berkata, hasil serbuan dalam gudang itu menemui enam kenderaan, termasuk dua lori kontena dengan muatan minuman keras tidak bercukai.

“Sebanyak 4,690 kotak minuman keras dengan kapasiti 37,144.8 liter yang dianggarkan bernilai RM2,047,607.10, termasuk cukai dirampas.

“Turut dirampas enam kenderaan dianggarkan bernilai RM365,000. Selain itu wang tunai RM12,770 dan enam telefon bimbit turut dirampas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan rampasan itu dianggarkan berjumlah RM2,428,377.

“Tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket pengedaran dan penjualan minuman keras tidak bercukai di sekitar daerah ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.