
KKM turut melaporkan 6,623 kes Covid-19 meliputi 6,610 penularan tempatan dan 13 kes import.
Daripada jumlah kematian itu, lapan kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,421.
Kedah mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu empat kes, diikuti Pulau Pinang (tiga), Sarawak (dua) serta Melaka, Perak dan Selangor (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sabah, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 103,900 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 126 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 76 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 11,233 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,389,025.