
KKM turut melaporkan 10,413 kes Covid-19 meliputi 10,386 penularan tempatan dan 27 kes import.
Daripada jumlah kematian itu, lima korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,381.
Johor, Kedah dan Perak masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tiga kes, diikuti Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing dua) serta Sabah, Sarawak, Terengganu dan Putrajaya (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 117,785 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 154 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 89 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 13,202 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,363,024.