DAP, Umno ‘tutup pintu’ hasrat Norhizam tanding PRU15

DAP, Umno ‘tutup pintu’ hasrat Norhizam tanding PRU15

Ketua DAP Melaka Damien Yeo berkata parti itu 'tidak mahunya kembali' kerana tindakan Norhizam Hassan Baktee sebelum ini masih dirasai akar umbi.

Norhizam Hassan Baktee mendakwa beliau ‘dipinang’ oleh beberapa parti.
PETALING JAYA:
DAP dan Umno menutup pintu kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kontroversial, Norhizam Hassan Baktee untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bawah logo masing-masing.

Ketua DAP Melaka, Damien Yeo berkata, parti itu “tidak mahukannya kembali” kerana tindakan Norhizam sebelum ini masih dirasai oleh akar umbi.

“Akar umbi berasa dikhianati dengan tindakannya dan dia telah menimbulkan kemarahan rakyat,” kata Yeo yang menyifatkan Norhizam sebagai seorang yang tidak berprinsip dan hanya mementingkan diri sendiri.

Tonton video di sini.

Norhizam, yang pernah bersama Umno sebelum menyertai DAP pada 2006 adalah salah seorang daripada Adun yang menyebabkan kerajaan negeri pimpinan Sulaiman Md Ali tumbang pada Oktober lalu dan membawa kepada pilihan raya negeri (PRN).

Barisan Nasional (BN) menang besar pada pilihan raya itu dengan memperoleh 21 daripada 28 kerusi.

Yeo berkata, penerimaan semula Norhizam ke dalam DAP bukan langkah yang popular.

“PRN Melaka 2021 membuktikan dan rakyat telah menolaknya,” katanya dengan memaklumkan bahawa Norhizam gagal mempertahankan kerusi Pengkalan Batu sebagai calon bebas setelah kalah kepada Kalsom Nordin daripada BN.

Pada Ahad, Norhizam yang kini tanpa parti, mengumumkan hasratnya untuk bertanding di kerusi Parlimen pada PRU15. Katanya, dia bersedia menjadi ahli DAP atau Umno sekali lagi dan mendakwa “dipinang” oleh beberapa parti.

Ketua Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata, partinya juga tidak mahu Norhizam bertanding atas tiket mereka namun boleh mempertimbangkan untuk membenarkannya menyertai semula Umno sebagai ahli.

“Jika dia mahu kembali (kepada Umno) tanpa syarat, maka kita boleh pertimbangkan. Namun jika syaratnya untuk dia dijadikan calon Umno, saya tidak fikir begitu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.