Wan Junaidi ketuai PSC teliti draf akta anti-lompat parti

Wan Junaidi ketuai PSC teliti draf akta anti-lompat parti

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen itu akan dianggotai ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen itu bebas mempelawa pihak berkaitan, termasuk NGO, pakar perundangan dan Perlembagaan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan mempengerusikan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkaitan undang-undang anti-lompat parti.

Katanya, jawatankuasa itu akan meneliti dan memuktamadkan draf rang undang-undang (RUU) untuk meminda Perlembagaan dan akta anti-lompat parti.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, katanya, PSC itu akan dianggotai ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Mereka terdiri daripada Azalina Othman Said (Pengerang), Nazri Aziz (Padang Rengas), Hamzah Zainudin (Larut), Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), Lukanisman Awang Sauni (Sibuti), Gobind Singh Deo (Puchong), Mohamed Hanipa Maidin (Sepang), Wilfred Madius Tangau (Tuaran), Saifuddin Nasution (Kulim-Bandar Baharu) dan Darell Leiking (Penampang).

Wan Junaidi berkata, PSC itu bebas mempelawa mana-mana pihak berkaitan, seperti ahli Parlimen, pakar perundangan dan Perlembagaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu lain, untuk menghadiri sidang jawatankuasa itu dari semasa ke semasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.