
Beliau berkata, perkara itu penting dilakukan oleh kerajaan ketika membahaskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022.
“Kedua tarikh kuat kuasa. Akta anti-lompat parti ini dikuat kuasa pada tarikh ditetapkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) melalui pemberitahuan warta.
“Saya mahu kerajaan berikan jaminan supaya tarikh kuasa akta anti-lompat parti ini wajib dikuat kuasa sebelum pembubaran Parlimen,” katanya.
Dalam pada itu, Nga juga meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan tarikh sidang khas Parlimen yang akan diadakan pada Mei nanti.
“Sebelum akhiri sidang hari ini, saya meminta jasa baik menteri undang-undang (Wan Junaidi) jika tak sempat lulus akta yang begitu penting ini sempena bulan Ramadan, pastikan tarikh sidang khas akan datang diumum hari ini juga sempena bulan Syawal.
“Mesti umumkan, (untuk) beri ketentuan supaya tak ada spekulasi,” katanya.
Terdahulu, Pakatan Harapan (PH) dalam kenyataan berkata, pindaan Perlembagaan dan RUU anti-lompat parti yang dipersetujui kedua-dua pihak akan dibentang dan diluluskan dalam satu sidang khas Parlimen sebelum hujung Mei ini.