21 kematian baharu Covid-19, 10,177 kes

21 kematian baharu Covid-19, 10,177 kes

Tiada kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

21 kes kematian Covid-19 direkodkan semalam.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 21 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 10,177 kes Covid-19 dan termasuk 10,124 penularan tempatan dan 53 kes import.

Daripada jumlah kematian itu, tiada kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,280.

Johor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu empat kes, diikuti Kedah, Pahang dan Selangor (masing-masing tiga), Perak dan Sarawak (masing-masing dua) serta Melaka, Perlis, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Sabah, Pulau Pinang, Kelantan, Putrajaya dan Labuan.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 153,463 kes aktif dilaporkan, termasuk 195 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 108 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 15,132 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 4,317,706.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.