507 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 24%

507 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, kapasiti ICU 24%

Sebanyak 557 pesakit dibenarkan pulang semalam.

Sejumlah 109 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 13% daripada jumlah keseluruhan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sebanyak 507 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada jumlah itu, sebanyak 296 kes atau 58.4% dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 211 kes atau 41.6% adalah Kategori 3 hingga 5.

Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 113 kes diikuti Perak (66) dan Kuala Lumpur (56).

Sementara itu, sebanyak 557 pesakit dibenarkan pulang semalam.

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 869 atau 24% daripada jumlah kapasiti.

Katil ICU di negeri melebihi penggunaan 50% kapasiti adalah di Selangor iaitu sebanyak 56%.

Sejumlah 109 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 13% daripada jumlah keseluruhan.

Dua kluster baharu dilaporkan semalam.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.84.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.