Kerajaan sedia kerjasama kaji ganja untuk perubatan

Kerajaan sedia kerjasama kaji ganja untuk perubatan

Menteri kesihatan mengalu-alukan cadangan untuk kajian klinikal penggunaan cannabidiol yang diekstrak daripada ganja bagi tujuan perubatan.

Khairy Jamaluddin berkata, kajian klinikal boleh diselaraskan dengan Institut Penyelidikan Klinikal bawah KKM.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) sedia bekerjasama dengan pemain industri atau ahli akademik untuk mengkaji penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat banyak perbincangan dan advokasi media sosial mengenai penggunaan ganja dalam perubatan, tetapi tiada cadangan untuk kajian atau percubaan klinikal yang dikemukakan.

“KKM konsisten dalam mengamalkan dasar berasaskan bukti. Sebab itu kami mengalu-alukan kajian klinikal untuk penggunaan CBD (cannabidiol yang diekstrak daripada ganja) bagi tujuan perubatan,” katanya di Twitter.

Tonton video di sini.

Beliau berkata, kajian itu boleh diselaraskan dengan Institut Penyelidikan Klinikal bawah KKM.

“Kami sedia bekerjasama.”

Pada 31 Mac lalu, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman didakwa di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan mengedar ganja serta menanam 17 pokok disyaki ganja atau kanabis. Kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi kerana ia membabitkan hukuman mati.

Januari lalu, seorang pesara tentera yang digelar “Dr Ganja” diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membela diri atas 39 tuduhan berkaitan dadah bawah Akta Dadah Berbahaya. Kesnya bersambung esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.