Anak Anna Jenkins buat laporan atas dakwaan polis berkait ‘kes dadah’

Anak Anna Jenkins buat laporan atas dakwaan polis berkait ‘kes dadah’

Greg Jenkins berkata, keluarganya akan melawan dakwaan fitnah yang dibuat seorang pesara polis terhadap ibunya dalam inkues minggu lalu.

Greg Jenkins meninggalkan Mahkamah Koroner di George Town minggu lalu.
GEORGE TOWN:
Anak lelaki Anna Jenkins, nenek Australia yang hilang, membuat laporan polis hari ini terhadap seorang pesara polis kerana membuat dakwaan memfitnah ibunya dalam inkues minggu lalu berhubung kehilangannya lima tahun lalu.

Greg Jenkins, 43, merujuk keterangan Zali Hanapi di Mahkamah Koroner minggu lalu.

Zali memberitahu mahkamah, beliau dan rakan kerjanya menjumpai diari Anna di bilik hotelnya, di mana mereka menemui entri yang mendakwa beliau tidak mahu pulang ke Australia kerana “kes dadah” di sana.

Greg berkata, beliau terpaksa memfailkan laporan itu kerana ibu dan bapanya tidak dapat menyuarakan pendapat mereka di Malaysia, tetapi itu tidak memberi peluang kepada polis untuk memfitnah serta memburukkan hubungan dan perwatakan mereka.

“Kami sekeluarga sangat rapat dan jika mereka fikir mereka boleh melemparkan tuduhan palsu, kami akan lawan balik dua kali kuat,” katanya ketika dihubungi.

FMT sudah menghubungi polis George Town untuk mengulas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.