
Pengerusinya, Nadzim Johan mengingatkan pihak berkuasa bahawa orang ramai mengikuti perkembangan kes terbabit.
“Kita minta semoga kes ini disiasat sehingga tiada lagi keraguan di pihak rakyat. Ini kerana jika rakyat mencurigainya maka kepercayaan mereka kepada pihak berkuasa akan terjejas,” katanya kepada FMT.
Tonton video di sini.
Terdahulu, seorang bayi, Nour Rania Asyifaa Yuseri, 15 bulan, dilaporkan maut selepas dikatakan terjerut leher dalam buaian ketika dalam jagaan pengasuh di pusat jagaan kanak-kanak di Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan.
Ketua Polis Seremban, Nanda Maarof memberitahu, bayi itu dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik kedua rumah pengasuh dengan bahagian leher dan kepalanya telah terkeluar dari buaian dan tergantung pada kain buaian manakala badannya masih berada dalam buai.
Bapa bayi itu, Yuseri Yusoff, membuat satu laporan polis pada 28 Mac lalu, selepas mendapati tiada perkembangan berkait kes kematian anaknya. Peguam keluarga berkata, timbul keraguan mengapa masih belum ada pertuduhan dibuat di mahkamah selepas 37 hari berlalu.
Peguam juga mendakwa tiada perintah reman dikeluarkan walaupun kes melibatkan kematian.
“Tiada langsung yang direman? Pelik juga, sebab kita tak tahu. Jadi kita harap polis dan pendakwa raya kena siasat kembali kes ini,” kata Nadzim.