Mahkamah Singapura tolak rayuan rakyat Malaysia yang dijatuhi hukuman mati

Mahkamah Singapura tolak rayuan rakyat Malaysia yang dijatuhi hukuman mati

Mahkamah menolak hujah dikemukakan peguam bahawa Nagaenthran K Dharmalingam harus dikecualikan atas kecacatan mentalnya.

Nagaenthran K Dharmalingam dijatuhi hukuman mati lebih sedekad lalu kerana mengedar kira-kira 42.7g dadah jenis heroin ke Singapura. (Gambar Facebook)
SINGAPURA:
Sebuah mahkamah Singapura hari ini menolak rayuan terhadap pelaksanaan hukuman mati ke atas seorang rakyat Malaysia yang disabitkan dengan kesalahan penyeludupan dadah setelah menolak hujah dikemukakan pasukan peguamnya bahawa dia harus dikecualikan daripada hukuman atas kecacatan mentalnya.

Nagaenthran K Dharmalingam dijatuhi hukuman mati lebih sedekad lalu kerana mengedar kira-kira 42.7g heroin ke Singapura yang mempunyai undang-undang narkoti antara paling tegas di dunia.

Dia membuat rayuan atas alasan kecacatan mental dan peguamnya dalam perbicaraan sebelum ini meminta masa untuk mengatur penilaian psikiatri bebas.

Mahkamah sebelum ini berkata, Dharmalingam tahu apa yang dilakukannya apabila melakukan jenayah tersebut.

Nasibnya mendapat perhatian di peringkat antarabangsa dengan sekumpulan pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan hartawan British Richard Branson turut menyertai gesaan perdana menteri Malaysia dan aktivis hak asasi manusia agar Singapura meringankan hukuman tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.