NUTP bantah cadangan ajar politik di sekolah

NUTP bantah cadangan ajar politik di sekolah

Setiausaha Agung NUTP Wang Heng Suan berkata politik mahupun ahli politik tidak seharusnya masuk ke dalam sistem sekolah.

Setiausaha Agung NUTP Wang Heng Suan berkata guru yang telah pun dibebani dengan banyak tugas manakala Pengerusi Bersih Thomas Fann merasakan pendidikan politik adalah tepat pada masanya dengan individu berumur 18 tahun telah dibenarkan mengundi.
PETALING JAYA:
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah idea untuk memasukkan politik dalam kurikulum sekolah namun badan pemantau pilihan raya, Bersih mengalu-alukan cadangan yang dibuat pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) itu baru-baru ini.

Setiausaha Agung NUTP Wang Heng Suan berkata politik mahupun ahli politik tidak seharusnya masuk ke dalam sistem sekolah dan guru tidak sepatutnya mengajar subjek tertentu tanpa latihan atau pengalaman.

Pengerusi Bersih Thomas Fann berkata pendidikan politik di peringkat sekolah “bukan hanya bagus tetapi kritikal untuk kesejahteraan negara kita” apabila Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik telah menjadikan generasi muda sebagai “blok pengundi dominan”.

Fann berkata silibus mesti disediakan oleh ahli akademik dan pertubuhan masyarakat sivil bagi memastikannya tidak berat sebelah.

Pada PAU minggu lalu, Timbalan Ketua Umno Kuala Terengganu Najmil Faiz Mohamed Aris berkata pengajaran politik sebagai subjek di sekolah atau penubuhan sekolah politik akan membantu mendidik pelajar mengenai kesan politik dalam kehidupan mereka. Katanya, ini akan membantu mereka membuat keputusan ketika mengundi.

Wang berkata, guru yang telah pun dibebani dengan banyak tugas tidak harus memberi tumpuan kepada politik, tetapi mendidik pelajar dan menyiapkan mereka untuk menghadapi peperiksaan.

Katanya, pelajar sudahpun mempelajari tentang Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen dalam pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral mereka.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim turut membantah cadangan Najmil Faiz.

Katanya, mereka tidak menyokong untuk politik diajar di sekolah, lebih-lebih lagi penubuhan sekolah politik yang “mungkin melahirkan kleptokrat mini”.

“Sekolah tidak boleh menjadi medan politik,” katanya.

“Jangan ganggu pelajar dan guru.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.