
Katanya, masih ada masa untuk beralih kepada pilihan yang lebih fleksibel memandangkan teknologi 5G masih baharu.
Julian Gorman, ketua Asia Pasifik Persatuan Sistem Global untuk Komunikasi Mudah Alih (GSMA) yang berpangkalan di United Kingdom berkata, rangkaian borong tunggal di tiga negara lain tidak menyampaikan perkhidmatan “lebih baik dan murah” seperti yang dijanjikan.
Rangkaian di Mexico, Belarus dan Rwanda masing-masing berdepan cabaran yang berbeza, termasuk kelajuan pelancaran, kualiti perkhidmatan dan keuntungan.

Digital Nasional Bhd (DNB) milik kerajaan dilantik sebagai pemborong rangkaian tunggal untuk melancarkan rangkaian mudah alih 5G.
Minggu lepas, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, ia adalah penyelesaian terbaik untuk mempercepatkan pelaksanaan teknologi itu.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa kekurangan ketelusan boleh membawa kepada skandal pada skala 1MDB.
Gorman berkata, Malaysia masih mempunyai masa untuk membangunkan rangka kerja kawal selia yang fleksibel memandangkan rangkaian 5G masih belum diterima pakai sepenuhnya di peringkat global.
Pilihan alternatif akan melindungi daripada sebarang kegagalan pemborong tunggal memenuhi kewajipannya, katanya.