
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad berkata, hasil siasatan berdasarkan rakaman video berdurasi satu minit 35 saat yang dimuat naik seorang pelayar menerusi laman sosial Facebook, mendapati kejadian itu berlaku pada 2.49 petang.
“Berdasarkan rakaman, kenderaan pacuan empat roda bernombor pendaftaran PMX3338 tersebut telah melakukan buli jalan raya dengan menghimpit sebuah kenderaan yang tidak pasti nombor pendaftarannya hingga hampir menyebabkan kemalangan.
“Ekoran itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sedang mengesan pemandu kedua-dua kenderaan tersebut untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shafee meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Firdaus Abdul Ghani di talian 014-395 5400 atau 04-538 2222 untuk membantu siasatan.