‘Tauke’ ketum di Bentong kena cekup

‘Tauke’ ketum di Bentong kena cekup

Menurut polis lelaki terbabit dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun ini dengan menyewa rumah kedai sejak Dis tahun lalu.

Dalam tangkapan polis turut merampas 46.5kg daun ketum bernilai RM 2,325.00, 109 bungkusan cecair anggaran 136.25 liter bernilai RM1,090.00, dua tong ais dan sebuah penimbang. (Gambar Polis)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menjadikan belakang kedai sebagai tempat memproses air ketum sebelum dijual untuk pasaran tempatan, menurut Ketua Polis Daerah Bentong Superitenden Zaiham Mohd Kahar.

Beliau berkata, lelaki terbabit dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun ini dengan menyewa rumah kedai sejak Dis tahun lalu.

“Suspek menyewa belakang kedai tersebut hanya untuk kegiatan memasak dan membungkus air ketum serta menjual air ketum ini kepada kenalan terdekat sahaja.

“Hasil saringan ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dan suspek ditahan reman selama empat hari mulai 18 sehingga 21 Mac 2022 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Zaiham berkata, antara barang yang dirampas termasuk daun ketum 46.5 kg bernilai RM 2,325.00, 109 bungkusan cecair anggaran 136.25 liter bernilai RM1,090.00, dua tong ais dan sebuah penimbang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.