Lebih 1.2 juta kanak-kanak terima dos pertama vaksin Covid-19

Lebih 1.2 juta kanak-kanak terima dos pertama vaksin Covid-19

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,840,296 individu atau 91.3% telah melengkapkan vaksinasi Covid-19.

Seramai 15,393,296 populasi dewasa atau 65.4% telah menerima dos penggalak dan seramai 22,939,552 individu atau 97.5% daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Seramai 1,209,694 atau 34.1% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Berdasarkan laman web CovidNow, bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,840,296 individu atau 91.3% telah melengkapkan vaksinasi Covid-19, manakala 2,939,622 individu atau 94.5% daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat semalam.

Bagi populasi dewasa, seramai 15,393,296 individu atau 65.4% telah menerima dos penggalak, seramai 22,939,552 individu atau 97.5% daripada populasi sama melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,215,558 individu atau 98.7% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 47,773 dos vaksin diberikan meliputi 12,788 dos pertama, 1,927 dos kedua dan 33,058 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,328,203.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.