
KKM turut melaporkan 26,534 kes Covid-19 merangkumi 25,843 penularan tempatan dan 691 import.
Daripada jumlah kematian itu, 23 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah 33,994.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 21 kes, diikuti Johor (16), Perak (14), Kedah (10), Perak (enam), Pulau Pinang (lapan), Sabah (lima); Melaka, Pahang, Perlis (masing-masing empat); Negeri Sembilan dan Sarawak (masing-masing tiga), Kelantan (dua) serta Terengganu (satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 304,147 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 376 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 222 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 31,234 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan dalam negara ketika ini ialah 3,872,135.