1,782 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, ICU pada kapasiti 43%

1,782 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, ICU pada kapasiti 43%

1,076 kes berada dalam Kategori 1 dan 2 manakala 706 kes dalam Kategori 3, 4 dan 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, Unit Rawatan Rapi Covid-19 berada pada tahap penggunaan 43% daripada jumlah kapasiti 876 katil. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Sebanyak 1,782 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada jumlah itu, 1,076 kes berada dalam Kategori 1 dan 2 manakala 706 adalah Kategori 3, 4 dan 5.

Selangor mempunyai bilangan kemasukan baharu tertinggi dengan 289 kes, diikuti Perak (214) dan Johor (200).

Sementara itu, sebanyak 1,493 pesakit dibenarkan pulang semalam.

Dalam kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 berada pada tahap penggunaan 43% daripada jumlah kapasiti 876 katil.

Katil ICU di enam wilayah melebihi kapasiti 50%, iaitu Kuala Lumpur (81%), Putrajaya (67%), Johor (64%), Selangor (60%), Kelantan (58%) dan Perlis (55%). Katil ICU di Melaka adalah pada kapasiti 50%.

Sejumlah 222 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 25% daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak empat kluster baharu dilaporkan semalam.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.95.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.