
Ketua Polis Daerah Cheras, Izham Jaafar berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan pada 6 petang di lokasi kebakaran.
“Mangsa yang rentung dikenal pasti sebagai penyelia kedai buku di sekolah berkenaan yang berumur 25 tahun dan mayatnya telah diserahkan kepada Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, sebuah jentera bersama lapan anggota dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian, sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu.
Menurutnya, mayat wanita itu ditemui selepas kerja memadam kebakaran selesai.