
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ramsay Embol, suspek berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira 12.30 tengah malam Sabtu lalu, ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Katanya, siasatan mendapati ia dipercayai berlaku susulan tindakan kanak-kanak itu berbohong bahawa bapa tirinya itu memukulnya.
“Suspek yang marah kemudian menampar anak tirinya. Tiada sebarang kesan kecederaan dilihat pada kanak-kanak itu, namun mangsa sudah dirujuk kepada hospital untuk tindakan seterusnya,” katanya, menurut laporan Berita Harian.
Ramsay berkata, suspek direman tiga hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Terdahulu, polis memburu suspek selepas laporan berkaitan kes itu diterima daripada ibu mangsa berusia 25 tahun di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam sebelum satu video tular menerusi aplikasi WhatsApp.