Tak ramai pengundi muda keluar mengundi di DUN Larkin, kata calon PN

Tak ramai pengundi muda keluar mengundi di DUN Larkin, kata calon PN

Calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Bujang berkata trend pengundi muda keluar membuang undi agak perlahan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin.

Calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Bujang anak muda khusus yang boleh mengundi secara automatik supaya keluar mengundi.
JOHOR BAHRU:
Calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Bujang berkata trend pengundi muda yang keluar membuang undi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dilihat agak perlahan sejak pagi tadi.

Menurutnya, perkara itu dilihat berdasarkan tinjauannya sendiri di beberapa pusat mengundi pagi tadi.

“Saya sempat ke beberapa lokasi mengundi dan berdasarkan pemerhatian, walaupun ada saluran yang tinggi jumlah keluar mengundinya, namun golongan muda di saluran 7 dan 8 agak perlahan.

“Saya seru kepada anak muda khusus yang boleh mengundi secara automatik supaya keluar mengundi. Mungkin mereka tidak perasan bahawa mereka sebenarnya layak mengundi.

“Masa tinggal beberapa jam saja lagi untuk menunaikan tanggungjawab bagi memilih pemimpin yang dirasakan layak. Ia menjadi satu kerugian jika tidak keluar mengundi dan akhirnya pemimpin dipilih bukan individu yang mereka mahukan,” katanya ketika ditemui selepas melawat pusat mengundi sekitar Kampung Melayu Majidee.

Beliau juga tidak menolak berkemungkinan bahawa pengundi muda akan mula keluar selepas tengah hari.

“Mungkin tengah hari mereka akan keluar sebab malam tadi masih bersemangat berkempen,” katanya.

DUN Larkin menyaksikan pertembungan enam penjuru antara iaitu Zulkifli, Rasid Abu Bakar mewakili MUDA, Hairi Md Shah daripada Barisan Nasional (BN) dan calon PKR, Dr Zamil Najwah Arbain.

Selain itu, pakar motivasi dan pendakwah bebas, Norramadan Buan turut bertanding sebagai calon Bebas manakala Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) diwakili calonnya, Mohamad Riadz Mohamad Hashim.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.