
Dalam kejadian 3.15 pagi di Jalan Kuching, dekat Bulatan Kepong itu, mangsa berusia 74 tahun yang parah di kepala, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Sarifudin Mohd Salleh, berkata siasatan awal mendapati Toyota Sienta dari arah pusat bandar mengubah haluan ke kanan jalan, lalu melanggar kon, lori dan pekerja subkontraktor DBKL itu.
“Selepas kemalangan, pemandu lelaki berusia 24 tahun itu cuba melarikan diri, namun ditahan orang awam berdekatan Taman Wahyu, Kuala Lumpur,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Katanya, suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.