Ramai belia Johor tak tahu mereka boleh undi, kata aktivis Undi18

Ramai belia Johor tak tahu mereka boleh undi, kata aktivis Undi18

Pengasas bersama Undi18, Qyira Yusri berkata, sikap tidak peduli pengundi di tahap tertinggi dengan penduduk di kawasan pedalaman tidak tahu PRN akan diadakan.

Ramai belia di Johor masih menganggap umur minimum layak mengundi adalah 21 tahun, kata Qyira Yusri.
KOTA KINABALU:
Seorang aktivis Undi18 bimbang pengundi muda tidak keluar mengundi beramai-ramai pada pilihan raya negeri (PRN) Johor Sabtu ini.

Pengasas bersama dan Pengarah Pendidikan Undi18, Qyira Yusri berkata, ketika berada di Johor lebih seminggu, beliau sempat bercakap dengan ramai belia di negeri itu yang memaklumkan mereka tidak tahu sudah layak mengundi.

“Mereka masih fikir umur minimum (dibenarkan mengundi) adalah 21 tahun. Mereka bahkan tidak tahu mereka didaftarkan secara automatik (sebagai pengundi),” katanya melalui forum dalam talian anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) bertajuk “Malaysia Outlook Conference 2022”.

Qyira berkata, dalam kunjungannya ke kawasan terpencil di Johor seperti petempatan Felda, beliau mendapati sambutan terhadap PRN dingin.

“Tiada promosi dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, termasuk memeriksa status pendaftaran pengundi.

“Ramai tidak tahu pilihan raya akan diadakan. Jadi ia cukup membimbangkan berhubung kurangnya minat dan keinginan untuk turut serta dalam PRN,” katanya dengan menambah bahawa sikap tidak peduli pengundi berada di tahap tertinggi.

“Mereka tidak percayakan institusi dan parti politik, mereka juga tidak yakin undi mereka akan diambil serius.”

Qyira juga bimbang dengan kemungkinan peratusan keluar mengundi rendah kerana ramai belia meminta bantuan kewangan untuk pulang mengundi di Johor.

“Walaupun gembira melihat terdapat sedikit minat, tetapi tidak banyak dari segi sokongan, kecuali kita memberi subsidi atau menanggung kos perjalanan semua orang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.