Premier Sarawak positif Covid-19

Premier Sarawak positif Covid-19

Pejabat Premier Sarawak akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tahap kesihatan Abang Johari Openg.

Abang Johari Openg disahkan positif Covid-19 semalam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Premier Sarawak, Abang Johari Openg disahkan positif Covid-19 semalam, justeru beliau tidak menghadiri sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak 2022 di Miri, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat Sarawak, Fatimah Abdullah ketika berucap pada sambutan hari tersebut.

“Kami dimaklumkan pada 9 malam tadi bahawa beliau tidak dapat hadir untuk merasmikan majlis kita pada pagi ini kerana disahkan positif Covid-19.

“Bersama-sama kita doakan agar Premier Sarawak kita cepat sembuh seperti sedia kala,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sementara itu, setiausaha akhbar, Ambrose Cheng berkata, Pejabat Premier Sarawak akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tahap kesihatan Abang Johari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.