
Kemalangan berlaku 9.30 pagi itu ketika Ismail dalam perjalanan ke program Pelancaran Kolej Komuniti Satelit di Komplek Muafakat Sungai Pinggan, Benut.
Sebaik berlaku insiden itu, beliau turun dari kenderaan rasminya bagi memeriksa kecederaan dialami polis pengiring berkenaan, menurut laporan Sinar Harian.
Selepas memastikan keadaan polis pengiring menerima rawatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) tidak membimbangkan, beliau meneruskan perjalanan ke majlis itu.
Ismail mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Johor sejak Jumaat lalu dengan melancarkan Penyerahan Surat Tawaran Residensi Larkin, di Jalan Datin Halimah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Mohammad Shofee Tayib berkata kedua-dua juruiring Perdana Menteri itu hanya cedera ringan.
“Apabila sampai di lampu isyarat di pekan Benut, seorang daripada pengiring polis telah berhenti untuk memastikan kenderaan lain memperlahankan kenderaan bagi memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri.
“Namun sebuah lagi motosikal polis pengiring yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak polis pengiring pertama itu lalu terlanggar kotak belakang motosikalnya sekali gus anggota itu terjatuh dan alami luka kecil, sakit di seluruh badan,” katanya.