
Dalam masa sama, ia memohon perkara ini diselesaikan dalam keadaan harmoni dan aset terbabit dikembalikan dalam keadaan baik.
“Inkubator usahawan yang terletak di Taman Perbadanan Islam Stulang Baru, Johor Bahru dibangunkan bagi membantu usahawan muda memulakan langkah dalam bidang perniagaan. Ia tidak sesekali bertujuan untuk dijadikan pusat operasi mana-mana parti politik,” katanya dalam kenyataan.
PIJ Holdings berkata, rekod dan komunikasi terkini berhubung premis itu hanyalah dengan seorang individu yang ingin menggunakannya bagi tujuan perniagaan perabot, bukan bilik gerakan parti politik.
Individu itu juga tidak dibenarkan untuk menyewakan premis tersebut kepada pihak lain, tambahnya.
“Kami kesal kerana bukan sahaja aset premis ini tidak digunakan untuk tujuan keusahawanan tetapi lebih mengecewakan apabila penggunaan aset ini dubuat tanpa pengetahuan, persetujuan dan perjanjian antara pihak PIJ Property dan MUDA,” kata syarikat itu.
Satu laporan polis dibuat terhadap MUDA menerusi anak syarikat PIJ Holdings berhubung pencerobohan dan penggunaan aset tersebut tanpa kebenaran.