Calon BN DUN Penggaram positif Covid-19

Calon BN DUN Penggaram positif Covid-19

Ter Hwa Kwong segera membatalkan semua program yang dijadualkan, selepas mengetahui menjadi kontak rapat.

Ter Hwa Kwong menggesa mana-mana individu yang berhubung dengan beliau secara fizikal beberapa hari lalu supaya segera membuat ujian Covid-19. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram, Ter Hwa Kwong, disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian RT-PCR pagi tadi.

Beliau dalam kenyataan berkata, selepas mengetahui menjadi kontak rapat kepada kes Covid-19 semalam, beliau segera membatalkan semua program yang dijadualkan.

Katanya, beliau bersama pasukannya terus menjalankan saringan dan menjalani kuarantin kendiri.

“Selepas disahkan positif Covid-19, saya akan berhenti berkempen secara sendiri di kawasan Penggaram dan menjalani prosedur yang perlu dan menjalani kuarantin seperti digariskan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Saya memohon maaf kepada mereka yang terjejas, termasuk ahli keluarga, jiran, rakan-rakan dan pasukan kempen serta orang ramai,” katanya.

Beliau turut menggesa mana-mana individu yang berhubung dengan beliau secara fizikal beberapa hari lalu supaya segera membuat ujian saringan Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.