
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Sarifudin Mohd Salleh memberitahu FMT, pihaknya sudah melengkapkan siasatan berhubung kes itu.
“Kami sudah merakamkan kenyataan dan ujian air kencing menunjukkan negatif. Kami akan merujuk kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya esok untuk arahan selanjutnya,” katanya.
Ditanya sama ada pemandu itu ditahan, Sarifudin berkata, polis tidak melakukan tindakan sedemikian selepas mengambil kira kecederaan tulang belakang yang dialaminya, selain pemandu itu memakai pendakap belakang.
Pada 27 Feb, pemandu pacuan empat roda itu hilang kawalan di Lebuhraya Sultan Iskandar dan terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sekali gus menyebabkan kenderaannya bertembung dengan kereta yang dinaiki empat sekeluarga berkenaan.
Mangsa maut adalah P Milan Damani, 32, C Tinisha, 31, dan dua anak mereka, Ishaan Ivan, 3, dan Rihaan Ivan, 4. Mereka meninggal dunia di lokasi kejadian.